Pages

Wednesday 23 June 2010

TIPS COVER MALU


Kat sini aku nak kongsi beberapa tip untuk cover malu anda, berikut adalah tip-tip berkesan untuk cover malu, bukan cover kemaluan okey!..ekekek

1. Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di opis hingga meleleh air liur basi, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar! kemudian buat2 kena sawan sambil keluarkan air liur. Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda!

2. Kalau anda tersilap menyapa org yg x dikenali, anda hendaklah terus menegur org itu dan terus bagi duit dekat dia. Kononnya anda pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku anda kenalannya.

3. Jika anda di tegur org kerana zip seluar terbuka, jawablah dgn selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah: "biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"

4. Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil meyumpah member anda tu. Tentu org x kan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik!

5. Jika anda tersilap masuk tandas wanita, apa yg perlu anda buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan anda nak cari isteri atau awek anda yg dah sejam tadi masuk tapi tak keluar2 lagi!

p/s: selamat mencuba... kalau x jadi jgn salahkan aku...

2 comments:

  1. hehehehhe.......
    ada ke orang yang terrrrmalu macam tu...
    tapi ok gok....
    biar terrrmalu tapi jangan tak tahu malu...

    ReplyDelete