Pages

Sunday, 22 August 2010

Apabila Tikar Sejadah tidak di gunakan sebaik-baiknya.


Apakah Sejadah di atas sesuai digunakan untuk semua golongan individu muslim tak kira dewasa ataupun kanak-kanak bagi tujuan menunaikan solat?. Masih ada dikalangan kita tidak sedar akan perbuatan mereka ketika menggunakan sejadah yang mempunyai cetakkan gambar masjid dan ka'bah itu boleh membawa kepada kebaikan atau keburukan. 

Kebaikan apabila sejadah yang mempunyai cetakan gambar masjid dan ka'bah itu dapat membantu menjadi pengalas tempat sembahyang dari kotoran serta dapat menenangkan hati ketika memandang masjid dan ka'bah yang terdapat di dalam cetakan pada sejadah tersebut. 

Keburukan nya pula apabila ada di antaran pengguna sejadah, sering memijak serta melangkah bahagian yang tertera gambar masjid serta ka'bah, apakah ini merupakan salah satu penghinaan oleh kita sendiri sebagai individu muslim. Apakah perlakuan ni berdosa sekiranya kita melakukan nya dengan senaja atau tidak senaja?... ramai diantara kita yang pernak melakukannya adakah kita tidak terfikir akan hal itu.

Sedih sekiranyanya perkara itu di anggap remeh. Tetapi apakah hukumnya? aku tak ada ilmu untuk menghukum dan aku memohon agar dikalangan rakan-rakan blogger yang mempunyai ilmu tentang hal ini memberikan penjelasan agar kita semua tidak melakukan perkara yang boleh menjurus kepada perlakuan dosa walaupun berada di tikar sejadah. 

Sejadah di bawah ini lebih praktikel untuk semua lapisan umur bagi pendapat aku lah... Pendapat anda bagaimana pula?. Renung-renungkan lah.

8 comments:

  1. Tak terpikir pulak psl pijak2 gmbar tu.
    Tapi aku pun prefer sejadah yg ke-2 tu. Tak pun yg plain jer...
    Sejadah bergambar buat aku seolah2 menikmati gmbar2 tu time solat...

    ReplyDelete
  2. tu la kekadang kita tak terfikir pun tentang tu.. aku pun baru jer terfikir tentang ni.. leh sama2 kongsi kan..

    ReplyDelete
  3. a a.. yg lebih praktikal yg no 2.. kdg2 kene guna alternatif lain bila xde sejadah..

    ReplyDelete
  4. penghasilan sejadah datang dari pelbagai sumber. dan ada sesetengahnya yang corak atau imej atas sejadah tersebut seolah-olah mengandungi apa yg kita panggil "subliminal message". contohnya, pernah satu masa dulu kecoh dikatakan sejadah yg mempunyai corak seakan-akan manusia sedang berjimak dan kepala anjing. betul atau tak, wallahualam, namun kewujudan konsep "subliminal message" memang tak dinafikan. personally, aku lagi gemar sejadah yang coraknya plain simple je, takde gambar atau motif pelik2.

    ReplyDelete
  5. ya2 banyak alternatif lain, janji tempat yang kita nak gunakan utk bersolat bersih..

    ReplyDelete
  6. huhu~ betol tue...tapi setuju ngan coment langit pertama =)

    ReplyDelete
  7. hmm..tak penah terlintas..tapi sebaiknya dan sebolehnya kita cuba elak pijak sejadah di tempat yg bukn sepatutnya..

    ReplyDelete
  8. tak tau la apa hukumnya..tp secara asasnya tak kira apa design sejadah kena la biar ia tak dipijak2 demi menjaga kerbersihan & kesucian..nnt nak guna tuk solat

    ReplyDelete