Pages

Monday 16 August 2010

Kegagalan Saya Dalam Perniagaan Internet Yang MOHD (PATUT) Ambil Tahu.

Hello hai kawan-kawan, pagi-pagi ni aku rasa rajin sikit nak baca email yang dah berminggu aku tak baca. Bila aku login dan tengok senarai email yang aku terima, terpandang pulak satu tajuk email yang berbunyi bergini.

Kegagalan Saya Dalam Perniagaan Internet Yang MOHD (PATUT) Ambil Tahu.

Baca email selanjutnya ket bawah ni.

==============================================================
EMAIL INI MELIBATKAN LUAHAN PERASAAN,KALAU ANDA TIDAK BEREMOSI
SILA DELETE SECEPAT MUNGKIN
==============================================================

Assalammualaikum wrt. wbt.

Sudah lama saya tidak menghantar sebarang informasi, boleh dikatakan
saya seperti sudah merajuk dengan dunia perniagaan internet.

Sebenarnya tidak begitu!!

Dalam perniagaan internet sepenuh masa pelbagai cabaran pasti akan
muncul tidak kira berapa lama kita sudah berada di dalam perniagaan
tersebut. Sama seperti orang lain, saya juga kadang-kala terpedaya
dengan "Comfort Zone" dan selalu berlenggah-lenggah.

Dan kealpaan ini dibayar dengan pelbagai kegagalan dan kerugian yang
menyebabkan saya tersedar dan mula berlari keluar dari "keselesaan".

Sebenarnya ramai yang lebih suka mendengar kisah kejayaan berbanding
kegagalan. Namun, kisah kegagalan sentiasa memberikan teladan dan
tauladan yang wajar kita ambil tahu.

Saban hari saya mengalami masalah cepat bosan dan malas yang memang
sentiasa ada dalam diri semua orang. Saya malas melayan pelanggan
yang sentiasa datang dengan masalah yang sama, saya malas mengangkat
panggilan pelanggan yang selalu last minute cancel order. Saya bosan
melayan pelanggan yang selalu tanya pasal berapa income saya sebulan.

Boleh dikatakan saya "muak" dengan perniagaan dan mula berfikir untuk
berhijrah jauh dari perniagaan.

**OPS** Itu hanya perasaan sahaja sebenarnya saya hampir mustahil
untuk lari dari dunia perniagaan.Jadi kegagalan dalam pelbagai projek
yang saya rangka tidak boleh dijadikan alasan untuk saya terus gagal.

Begitu juga dengan MOHD, jangan sentiasa anggap mereka yang
muncul dengan kedudukan yang stabil dalam perniagaan internet tidak
pernah gagal seperti anda. Hampir boleh dikatakan kadang kala saya
sendiri mengalami kegagalan dan kerugian yang hampir membuatkan saya
lingkup!

Baru semalam akaun adsense saya telah di disable kan oleh Google dengan
alasan invalid clik. Itu merupakan satu-satunya akaun Adsense saya.
Namun, itu tak bermakna dunia perniagaan saya telah tamat. TIDAK SAMA
SEKALI! Akaun Adsense baru akan diapply pada minggu ini. YOSH!!!

Jika anda merasakan perniagaan internet ini bukan untuk anda, cuba
fikirkan semula. Kegagalan tetap akan muncul tidak kira bila dan apa
jua kedudukan anda semasa itu. Yang penting adakah anda bersedia untuk
GAGAL?

****ALAMAK PANJANGNYA EMAIL SAYA KALI INI****

Ok, sebelum saya meninggalkan MOHD dengan tanda tanya saya
ingin memberikan peluang kepada anda untuk berkongsi perniagaan yang
ingin anda kembangkan. Pastikan produk tersebut berkualiti dan jika
MOHD tidak mempunyai sebarang produk saya mempunyai senarai
panjang produk yang boleh di pasarkan melalui internet. :)

Semoga berjumpa lagi di email akan datang.

Ikhlas,
Catzer

Profit Internet Solutions, No 31 Jalan Bubu 19/27 Seksyen 19, Shah Alam, Selangor 40300, Malaysia

P/s Kawan-kawan cuba komen sikit... :) 

5 comments:

  1. Aku pun tak faham MOHD tu sapa.. :) aku rasa dia pakai ayat tu utk semua yang dia hantar email tu kut..

    ReplyDelete
  2. bole citerkan tak apa MOHD tu? nama org ke or singkatan nama bisnes yg org tu buat..blurr jap

    ReplyDelete
  3. MOHD, dia tujukan untuk sy kut... bukan bisnes :)

    ReplyDelete