Pages

Monday 30 August 2010

Melayu,Bangsaku...Tercinta





Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasa tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat jangan mati anak

Melayu di tanah semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun,Sakai asli Melayu

Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segalanya kehilangan

Melayu itu kaya falsafah
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut

Baiknya hati Melayu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu di abad ke dua puluh satu?
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka


Karya Dato' Dr. Usman Awang

Kepada semua rakan-rakan aku ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53  dan sama-sama lah kita mengekalkan perpaduan dan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. 

8 comments:

  1. Puisi yang hebat. Terperanjat aku, ingatkan puisi sendiri. Salam kemerdekaan...

    ReplyDelete
  2. hehe puisi sasterawan negara tu, Memang hebat karya beliau. Aku tak pandai nak mengarang puisi cik norgadis, yang tahu hanya membacanya shja... :)

    ReplyDelete
  3. salam merdeka juga utk zalin... MERDEKA MERDEKA MERDEKA.

    ReplyDelete
  4. salam shaabat
    ehm cinta negri ya..oh iya tahrima kasih dah mampir n saye dah follow awak,follow balik yach

    ReplyDelete
  5. laaa ingatkan ko yang karang tadi..baru nak memuji hahahhaha..tapi pepehal pun entry ko kali ni sungguh bermakna..terima kasih kerana uncle pun enjoy sama bile ada entry cenggini

    ReplyDelete
  6. aku mana pandai nak berpuisi mcm ni uncle... aku rasa puisi ni bermakna dan menyentuh jiwa melayu aku ni bila membacanya, tu sebab letak kat blog sebagai tatapan sesiapa yg bergelar melayu sebagai pembakar semagat. Dato' Dr. Usman Awang (tongkat waren) karya nya memang hebat bagi aku..

    ReplyDelete