Pages

Monday, 6 September 2010

Aidilfitri 2010 di sambut meriah...


Assalamualaikum  kepada semua rakan blogger yang seagama dan salam sejahtera buat kawan-kawan blogger yang bukan muslim. Sedar tak sedar kita sudah hampir di penghujung Ramadhan lagi 4 hari kita akan menyambut Hari Raya, Bahang perayaan semakin terasa, di mana saja aku pergi berkumandang dengan lagu raya, tak kira di rumah, di pejabat, di bazar Ramadhan dan di pasaraya-pasaraya memang meriah persiapan untuk menyambutnya. 

Berapa pasang baju yang akan anda gayakan di hari raya nanti.? :) Kalau ada lebih kasi aku satu sebab aku belum beli lagi ni, cuma baju raya anak jer yang dah aku beli... Ok lah tu kan, kasi anak meriah beraya sikit dengan baju baru tahun ni. Kuih muih dah tempah ker? bagi yang buat sendiri tu save budjet la kan. Sapa rasa nak buat open house tu jemput la aku sama ye, hanya kat area kedah / perlis jer lah kalau jauh2 tu tak dapat la aku nak menapak. 

Di kesempatan ini alcatraz77 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger yang beragama Islam, Bagi yang ingin pulang kekampung berhati-hati di jalan raya dengan slogan PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.

Alcatraz77 mendoakan  perjalanan  kalian semua, semoga selamat tiba dan dapat beraya bersama keluarga di kampung. Bagi blogger yang balik atau yang tinggal di sekitar kedah, datang lah beraya di rumah alcatraz77, alcatraz77 menunggu kedatangan anda.

8 comments:

  1. salam sahabat
    met jelang raye aidil fitri ye..salam kompak xixixi

    ReplyDelete
  2. Tak balik Raya kat indon ker Dhana?

    ReplyDelete
  3. alaa.kedah.jauhnya.postkan dodol 1.hee.

    ReplyDelete
  4. postkan dodol, berapa lori akufobia nak? nanti sy postkan... :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya kat ko gak alcatraz77!

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya
    maaf zahir batin..
    semoga kita semua selamat sampai ke pangkuan ayah bonda masing2..amin

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya untuk anda semua. Maaf Zahir jer Batin Belum ada salah lagi kut, haha lawak jer. Aku doakan korng selamat sampai ke destinasi yg ingin dituju, moga hari raya thn ini memberi 1001 kenangan indah buat anda.

    ReplyDelete