Pages

Wednesday, 8 September 2010

Aku dapat duit raya, nak tahu dari siapa? baca entri kat bawah k.


Baru je semalam duk cerita pasai dapat BE tup-tup duk tak duduk sampai pulak satu sampul surat berwarna putih ingatkan kad raya rupa-rupanya cheque dari my best friend sapa lagi kalau bukan Nuffnang... Penantian alcatraz selama ini tercapai jua. Cerita ni berlaku petang semalam, masa alcatraz nak balik kerja kira-kira jam 5.00pm kut kalau tak silap alcatraz la, masa tu ramai-ramai duk berimpun kat depan mesin punch card nak ketuk-ketuk mesin tu menandakan waktu kerja dah selesai.. 

sambil tunggu tu alcatraz bukak peti surat bhg. alcatraz tengok kat dalam tu kut-kut ada surat untuk alcatraz. Bila buka nampak satu sampul putih kat sampul tu tertera nama MOHD A'FIF BIN ABU BAKAR ( nama sebenar alcatraz la tu) hati pun berkat ada juga surat untuk aku rupanya, apa lagi bila dah nama kita terus capai dan buka la.. tak disangka-sangka rupanya ada cheque kat dalam tu happy gile leuuuuu.. haha terus bagi tau member yang ada kat situ, yang alcatraz ni dah dapat cheque dari nuff.

Sebelum ni ada di kalangan mereka yang kata berblogger ni tak leh buat duit, tapi bila tengok benda tu real depan mata baru lah tergopoh gapah nak bikin blog hehe.. Alcatraz dah ada ramai pengikut sekarang hasil hasutan keras lagi kasar hehe dah ramai member kat tempat kerja ni, yang dah mula-mula berjinak-jinak dalam dunia blogger. sebelum ni hanya alcatraz dan lemon jer yang bergiat aktif.

Akhir kata kepada rakan-rakan blogger yang banyak support alcatraz dari mula ( mula berblogging ) sampai sekarang alcatraz ucapkan ribuan terima kasih, tanpa anda siapalah alcatraz  :) . Kepada semua penaja terutama sekali pihak nuffnang jasa mu tetap ku kenang, Nuffnang tetap menjadi pelihan hati ku.. Alhamdulillah rezeki Allah yang tentukan.. alcatraz bersyukur kepada nya.

Salam Lebaran Untuk anda semua...

8 comments:

  1. awak..
    cmna awak dapat kan BE tu & cmne nak cari duit lebig ngn nuff nih?
    i follow u~

    ReplyDelete
  2. Benda ni macam satu rezeki jugak lah, tak sangka boleh dapat macam ni masa awal-awal buat dulu, tapi sekarang dah terbukti berhasil. mcm mana nak dapat semua tu? perlu di iringi dengan usaha keras juga lah... :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih kakyon,atas kata-kata semangat tu... :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua, kejayan ku atas sokongan anda semua... I LOVE U ALL

    ReplyDelete
  5. mantab lah bro.... harus di syukuri thu bro.... lumayan lah.. alhamdullilah, oh ya, minal aidzin wal faidzin ya bro.....

    ReplyDelete
  6. pembuat tempe, TQ bro atas sokongan anda.. :) perjuagan mesti diteruskan.

    ReplyDelete