Pages

Sunday 26 September 2010

Mustahil tetapi berlaku.

Kadang-kadang sesuatu berita itu dianggap mustahil boleh berlaku. Apatah lagi jika semua orang tidak menjangka ia akan berlaku sebaliknya.

Tidak siapa percaya kapal Titanic berukuran 261.5 meter panjang diperbuat daripada 14 bahagian kalis air boleh karam akibat terlanggar bongkah ais gergasi di lautan Atlantik Utara.

Titanic dikatakan boleh terapung walaupun semua bahagian tenggelam. Justeru, apabila tersebar berita Titanic tenggelam maka beberapa buah akhbar melaporkan seolah-olah tiada malapetaka buruk yang akan berlaku kepada kapal yang membawa 2,300 penumpang itu. Semua orang menganggap Titanic tidak akan tenggelam!

The Daily Mirror misalnya dengan yakin melaporkan: 'Semua penumpang selamat' dan Daily Mail: 'Tiada sesiapa yang hilang!'

Wartawan di dua akhbar berkenaan masih yakin bahawa Titanic tidak akan tenggelam kecuali akhbar New York Times terbitan 16 April 1912 yang melaporkan tajuk utamanya: 'Titanic karam setelah empat jam melanggar bongkah ais'.

Laporan New York Times itu akhirnya  menjadi sejarah apabila tragedi yang dilaporkan itu menjadi berita paling menggemparkan dunia hingga ke hari ini. Tragedi itu turut di adaptasi dalam sebuah filem Hollywood bertajuk Titanic.

Hanya lakaran bukan gambar Titanic yang sebenar

Laporan itu menunjukkan bahawa wartawan yang melaporkan berita mestilah sedar  hakikat bahawa sesuatu kejadian yang dianggap mustahil merupakan berita bernilai tinggi yang ingin diketahui pembaca.

*Semua benda yang di anggap mustahil untuk berlaku, akan berlaku juga sekiranya mendapat izin Allah s.w.t, sesungguhnya kekuasaan Allah s.w.t melebihi segalanya. Kepadanya kita berserah dan memohon pertolongan.

3 comments: