Pages

Thursday, 2 September 2010

Pekan Rabu Nama Mu Tersohor Seantero Melaya.


Suasana Raya semakin menghampiri kita, masa ni jugak lah ramai di antara kita yang mengambil peluang cuti hujung minggu untuk berbelanja keperluan hari raya. Pernah anda dengar tentang nama PEKAN RABU ? kalau tak pernah mai sini aku cerita kat hangpa semua. 

Pekan Rabu terletak betul-betul di tengah bandar raya Aloq Staq. kalau hangpa nak tau, kat pekan rabu ni macam-macam ada. Dari pakaian hinggalah ke makanan tradisonal . Tak lengkap sekiranya hangpa mai aloq setaq tak singgah kat sini, sebab kalau mai berjalan ( makan angin )  tentu nak kena bawak balik buah tangan kan? kat sini lah lokasi yang sesuai untuk anda.

Pekasam pun ada jugak bai...


Segala bentuk dan jenis makanan kering ada dijual disini..


Nak asam, asam ada..


Nak muruku dan kerepek, muruku dan kerepek pun ada.


Nak ubat kuat, ubat kuat pun ada dijual disini.. :)

 Suasana bahagian dalam banguna pekan rabu. Masa ni bukan waktu kemuncak, kalau waktu kemuncak berhimpit-himpit lah anda di sana.

Di kesempatan ini aku ingin megucapkan Selamat Hari Raya kepada korang semua... Terima kasih kerana sudi baca entri ini... :)

13 comments:

  1. Ohh pekan rabu. teringat lagu seloka orang kedah. Mai cek Oi mai cek mai kita ke negeri kedah.. mai oi bagi ramai.. wink*wink~~ dulu masa kecik2 suka nyanyi..Ee x sabaq aihh nak balik kedah malam nih..

    ReplyDelete
  2. OOwhh...haritu nak pegi..tapi tak kesampaian la..ntah bile gamaknye nak sampai sana...huhuhu

    ReplyDelete
  3. alaaaa mai jer bila2 pun :) sy ngan lemon blh teman g sana haha..

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Mesti la kenai pekan rabu...pernah cari makan kat situ masa tgu result STPM.awat ramai sgt org dok promote PR ni?hehe....
    Sebenaqnya kalau pandai tawaq harga, murah la tp padang besaq lg murah sbb brgnya pun mai dari padang besaq..

    ReplyDelete
  5. kita promote pekan rabu bukan nya apa, sbb pekan rabu tu kat negeri kita. barang-barang kat semua kebanyakkan buatan malaysia. ekekek kalau kat padang besaq banyak barang siam... lebih baik beli barangan buatan malaysia kan. biasa lah mahal sikit pun x pa iza...:)

    ReplyDelete
  6. Jgan lupa mai pekan rabu time mlm raya. Jualan murah mengalahkan supermarket. jom2.

    ReplyDelete
  7. Yang dah jadi kemestian, malam raya tetap sampai punya.. depa lelong koi gila2 punya:)

    ReplyDelete
  8. @alcatraz77

    bagus promote barang buatan malaysia tapi kat pekan rabu tu kebanyakkannya barang siam juga. Barang Melayu ada berapa kerat je...ctknya kuih muih,belacan,serunding,baju2 mmg buatan malaysia tapi dodol 3 rasa,buah,asam,emping,beras wangi dan byk lagi la barang siam.saya tau ni pun sebab saya pernah meniaga di situ dan ambik order dari akak2 patani setiap minggu. Apa yg ada di PR dah tentu ada di padang besar sebab datang dari tempat yg sama cuma kat padar besar lebih banyak dan lebih murah.bukan nak rendah2kan PR tp kesian tgk pelanggan kat PR, harga yg letak tu jauh lebih mahal dr harga asal.tp itulah rezeki org2 PR.kalau tak ada org nak beli, mcm mana nak bayar sewa pulak kan......sekadar kongsi pengalaman sbg peniaga PR.hehe....

    ReplyDelete
  9. lama tak p pekan rabu..hari tu singgah aloq staq sat ja..huhu

    ReplyDelete
  10. Di situ lah tempat berkembangnya ekonomi perniaga melayu dari dulu hingga kini.. tentu sekali aku bangga dengan tempat tu akufobia... :)

    ReplyDelete
  11. bestnya tgk...macam2 ada... :-)

    ReplyDelete