Pages

Thursday 2 June 2011

( Kerja gila ) Lelaki kebumi diri sendiri maut kerana eksperimen gagal...

MOSCOW - Seorang lelaki maut selepas ‘mengebumikan’ dirinya sendiri di rumah rakannya di Blagoveshchensk selepas eksperimen dilakukannya gagal, menurut penyiasat, semalam.

Ketua penyiasat, Alexei Lubinsky berkata, rakan mangsa mendakwa lelaki berumur 35 tahun itu mahu menguji daya ketahanan fizikalnya.

Lelaki itu menebuk lubang udara pada permukaan keranda, membawa selimut, telefon bimbit dan sebotol air sebagai bekalan untuk semalaman.

Rakannya menanam keranda tersebut pada kedalaman 20 sentimeter dan menerima panggilan telefon daripada mangsa yang menyatakan keadaannya selepas itu.

Namun, keesokannya, dia mendapati mangsa meninggal dunia kerana dipercayai lubang udara tersumbat akibat hujan lebat.

Sumber : sinar

No comments:

Post a Comment