Pages

Friday 23 September 2011

Tahukah Anda Kategori Jawatan Di Masjidilharam Makkah?


Tahukah Anda Kategori Jawatan Di Masjidilharam Makkah? Ada dua kategori utama:

1. Tugasan pentadbiran dan pengimarahan - Bertanggungjawab dalam hal ehwal mengatur jadual imam, khatib dan muazin serta tugasan penyelenggaraan masjid dari aspek keselamatan, kebersihan, penyusunan dan lain-lain...

2. Tugasan keagamaan - Tugasan rasmi seperti imam dan khatib yang mempunyai gaji tertentu dan ada juga dilakukan secara hisbah iaitu semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH tanpa sebarang imbuhan. kategori tugasan adalah seperti berikut:

* Imam dan Khatib.
* Khatib sahaja.
* Imam sahaja.
* Naib Khatib (jawatan bersifat hisbah sebagai pengganti jika khatib uzur atau keluar bermusafir).
* Naib Imam (jawatan bersifat hisbah sebagaipengganti jika imam uzur atau keluar bermusafir).
* Imam mulazim (jawatan hisbah atau rasmi dan beliau ditugaskan berada di saf pertama di belakang imam dan bertanggungjawab menggantikan imam jika berlaku kelewatan).

Semua jawatan ini hanya berhak dilantik oleh Amir Makkah al-Mukarramah atau lantikan Diraja sahaja...

Sumber : Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment