Pages

Thursday, 2 September 2010

Kenangan di rantau...


Salam semua, dekat2 nak Raya ni teringat pulak aku pada kenangan lama. Dulu aku pernah jugak merantau kat tempat orang, nak tau kat mana lokasi rantauwan aku tu? kalau nak tau baca lagi k. haha dulu aku pernah dihantar berkerja kat oversea, oversea tu bukan kat luar negara tetapi hanya sekadar dalam negara, walau bagaimana pun  terpaksa menyeberang laut juga lah kalau nak ke sana :)

Sabah negeri dibawah bayu itu lah tempat nya, di daerah sandakan aku di tempatkan untuk posting yang pertama semenjak aku bergelar kakitangan kerajaan. Pada mulanya berat hati ini untuk pergi meninggalkan keluarga, namun apakan daya untuk mencari rezeki bagi membahagiakan keluarga aku melangkah jua ke sana. Seronok jugak kat sana weiiii..     



aku selalu gak ronda2 kat sini... 

Bila nak balik kampung jer aku datang sini... mau tak nye, ni lah Sandakan Airport


Disini pernah aku di tinggalkan taksi.... buakan apa dia tinggal tu sebab nak ambil penumpang lain.. hehe


kat sini selalu aku singgah beli makan ringan sebelum aku di bawa terbang di udara.


sambil tunggu burung besi aku lepak-lepak dulu kat sini...


Burung besi pilihan kerajaan hehe tentu lah mas kan.. aku dapat tiket free 2 tahun 1 kali, tapi aku dengar cerita sekarang dah tukar 1 tahun sekali... best la kawan-kawan aku yang masih kat sana.


Kalau nak balik kerap-kerap kena naik yang ni...


Lokasi menarik yang aku kunjungi. taman peliharaan Orang Utan Sepilok, anak aku cukup suka datang kat sini.


Orang Utan diberi makan selepas pertunjukan.. sian org utan dapat makan pisang jer sesekali nak la jugak makan KFC haha..





aku biasa jugak makan kat sini... 


 amacam sedap tak?

Lagu ni aku tuju khas kat hangpa semua. Bagi yang masih di perantawan jangan sedih bila dengar lagu ni...

P. Ramlee




Dendang Perantau 







Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir )

5 comments:

  1. mau tak sedih dengar lagu dendang perantau huhu..sabo aje laa..

    ReplyDelete
  2. tak balik raya kat malaysia ker Qies?

    ReplyDelete
  3. P.Ramlee...wah walau termasuk generasi muda tapi cukup suka juga dengan lagu lagu beliau...coba ada rekaman MP3-nya...bisa ya...?

    ReplyDelete
  4. Owhh..pernah khidmat kat sandakan ehh. yerpp sekarang 1 tahun sekali tiket. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  5. Ya Amyna, dulu sy pernah berkerja di sana. seronok juga tinggal kat sana. blh makan daging payau ( rusa ) dan udang galah besau dengan harga yg murah.. :)

    ReplyDelete