Pages

Thursday, 2 June 2011

Sekali bersin, satu jam ruang tercemar...

Biarpun hanya sekali bersin, tetapi kesan daripada bersin sudah boleh menyebabkan seluruh kawasan di sekeliling anda tercemar selama satu jam. Para pengkaji menjelaskan partikel bersin atau batuk yang berukuran mikroskopik mampu berterbangan di udara dalam kuantiti yang cukup besar.

Sekali bersin biasanya mengandungi hingga 40 ribu titisan cecair yang mengandungi kuman. Disebabkan itu, apabila bersin berlaku di sebuah ruang pejabat, kapal terbang atau kereta api, boleh menjangkiti orang lain dalam tempoh satu jam. Ini juga antara alasan mengapa ramai pelancong yang batuk atau selesema apa bila pulang dari melancong.

Kajian itu bedasarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji dengan mengumpulkan sample udara daripada ruang menunggu sebuah klinik kesihatan, dan tiga pesawat penerbangan. Sebahagian daripada sample tersebut mengandungi titisan kecil yang mengandungi virus selesema...

P/s : Kalau rasa-rasa nak bersin tu terus tutup mulut tau, Jangan biarkan ruang udara anda di cemari kuman, kesian orang sekeliling tak pasai-pasai dapat jangkitan hehe...

No comments:

Post a Comment