Pages

Tuesday 13 December 2011

iPhone 4s Mula Dipasarkan 16 Disember ini.


AKHIRNYA telefon pintar yang menjadi kegemaran ramai, iPhone 4s kini boleh didapati pada 16 Disember ini melalui tiga syarikat telekomunikasi utama negara termasuk Maxis Communications Bhd (Maxis), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom).

Sehingga 5.30 petang semalam, hanya Maxis dan DiGi mengeluarkan pakej rasmi iPhone 4s yang dikeluarkan Apple itu dalam laman web masing-masing dengan DiGi menjadi syarikat pertama memperkenalkannya.

DiGi menawarkan pakej menarik yang boleh didapati menerusi harga terbaik serendah RM2,090 untuk model 16 gigabait (GB) dan RM2,690 untuk 32GB yang mana masing-masing ditawarkan pada pelan iDiGi 88, 138 dan 238.

Manakala Maxis menawarkannya pada harga RM2,190, RM2,590 dan RM2,890 dengan empat pilihan pelan iaitu iValue1, iValue 2, iValue 3, iValue 4 bermula RM100 hingga RM375.

Gajet paling inovatif di dunia itu didatangkan dengan paparan menakjubkan menerusi Apple Retina, paparan resolusi tinggi yang pernah dibina untuk telefon selain memberikan panggilan lebih realistik dengan FaceTime.

iPhone 4s itu disokong cip Apple A5 dengan fungsi kamera lapan megapiksel bersama LED flash. [myMetro]

No comments:

Post a Comment