Pages

Wednesday 14 December 2011

Teliti Tawaran SBPA | Jangan Terburu-buru Terima SBPA

Teliti Tawaran SBPA | Jangan Terburu-buru Terima SBPA | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggulangi gesaan supaya kakitangan awam tidak terburu-buru menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan kakitangan awam tidak teraniaya dengan tawaran SBPA.

"Kalau kakitangan awam terima surat tawaran SBPA dalam tempoh terdekat ini, mereka perlu membaca dengan teliti dalam tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penerangan SBPA di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Omar berkata, jika ada ketua jabatan yang membuat ugutan terhadap kakitangan awam utnuk memaksa mereka menandatangani tawaran SBPA, mereka boleh membuat aduan kepada CUEPACS.

Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan diberikan tempoh dua minggu bermula 15 Disember ini untuk berfikir sebelum menandatangani tawaran SBPA.

Sumber : [CUEPACS]

No comments:

Post a Comment